Flyff Chinese Up Arrow Sekolahku: Sejarah Sekolah

SEKOLAHKU

Monday, October 25, 2010

Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah  Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan di Sabak Bernam pada tahun 1959. Pada masa itu wujud 2 buah Darjah Menengah Melayu di Sabak Bernam. Kemudian Darjah-Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan ditempatkan di Pekan Sabak. Hasil gabungan ini maka wujudlah Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dengan menumpang dibangunan lama Sekolah Melayu  Sabak Bernam. Tapak lama bangunan sekolah ini telah dijadikan Masjid Jamek Sabak Bernam.
Ada beberapa sebab sekolah ini ditubuhkan. Antaranya ialah bagi memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu selepas sahaja     negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, tujuan sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk luar bandar yang tidak berpeluang atau mampu untuk mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris yang terdapat di Sabak Bernam pada masa itu. 


Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai 1970, sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah    Menengah Ungku Aziz, sempena nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah  menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof  Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 2009, SMK Ungku Aziz menyambut Sambutan Jubli emas.



No comments: