Flyff Chinese Up Arrow Sekolahku

SEKOLAHKU

Friday, October 29, 2010

PENYERTAAN SMKUA DALAM KARNIVAL ICT SABAK BERNAM

Pada 29-31 Oktober 2010 akan diadakan sebuah karnival iaitu Karnival ICT Sabak Bernam bertempat di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.


Tarikh
Masa
Aktiviti
Penyertaan
29.10.2010
(Jumaat)

8.30 pagi – 10.00 malam
Pameran dan jualan
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung

10.00 pagi
Perasmian
Pengetua, Guru Besar, Guru Media dan Guru Penyelaras Makmal Komputer.
9.00 pagi – 11.00 pagi
Pendaftaran

Penghakiman Pertandingan -

Persembahan Interaktif Multimedia (P&P)

Blog

Klip Video

          Roket

          PC Assamble

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

3.00 petang – 6.00 petang
Mini Cyber Fusion
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung

8.00 malam – 10.00 malam
Cabutan Bertuah
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung

30.10.2010
(Sabtu)
8.30 pagi - 10.00 malam
Pameran dan jualan
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung
9.00 pagi – 2.00 petang
Pertandingan -

Explorace ICT



Melukis



Mewarna


Mini Cyber Fusion


Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung


Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Pra Sekolah


Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung
3.00 petang – 6.00 petang
Mini Cyber Fusion
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung
8.00 malam – 10.00 malam
Mini Cyber Fusion



Cabutan Bertuah

Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung

Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung

31.10.2010
(Ahad)
8.30 pagi – 5.00 petang
Pameran dan jualan bermula
Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung
9.00 pagi – 2.00 petang

Final Battle Mini Cyber Fusion


Cabutan Bertuah


Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung


Terbuka kepada pelajar dan umum serta pengunjung
3.30 petang
Penyampaian Hadiah

4.30 petang
Persembahan tayangan video klip blog dan persembahan interaktif

5.00 petang
Bersurai


Seramai 7 orang pelajar SMK Ungku Aziz akan dihantar ke Dewan Sri Bernam pada pagi ini untuk mewakili sekolah melalui beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Persembahan Interaktif Multimedia (P n P), Pertandingan Blog, Pertandingan PC Assemble dan Pertandingan Mini Cyber Fusion.
Berikut disenaraikan nama pelajar-pelajar tersebut :

1. Hizami b. Abd Holed (950522-01-6341)
2. Mohamad Iddlan b. Ridzuan (950925-01-5685)
3. Mohamad Salimi b. Salim (950529-10-9945)
4. Aiman Syakirin b. Ahmad Fuad (950414-10-5427)
5. Azlan b. Mohd Noh (950724-10-6687)
6. Fatin Zalila bt. Rozali (930829-14-6150)
7. Siti Hawa bt. Mohd Kamim (930817-08-6066)

Monday, October 25, 2010

Permata Yang Bersinar







1.
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
2.
Yang Berbahagia Dato’ Dr Anwar Bin Ridhwan
Sasterawan Negara Ke 10
3.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Aini bin Taib
Bekas ADUN
4.
Yang Berbahagia Dato’ Khairani B. Apandi
Usahawan
5.
Yang Berbahagia Dato’ Majid Bin Yunus
Usahawan
6.
Yang Berbahagia Dato’ Hj Mahbud b Hj Hashim
Usahawan / Bekas Ahli Parliemen
7.
Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahman Bakri
Ahli Parlimen Malaysia
8.
Prof Dr. Aziz bin Bari
Pakar Undang-undang Perlembagaan UIAM
9.
Kepten (B) Ahmad Kamaruzaman B Abu
Kapten Bersara
10.
Tuan Hj Mohd Jani Naim
Bekas PPD
11.
Tuan Hj Mohd Nor Bin Rajikin
Bekas Pengetua
12.
Tuan Hj Mohd Zaini Bin Kudus
Bekas Pengetua
13.
Hajah Zuraidah M. Sanip
Bekas Pengetua
14.
Ustaz Derail Omar
Bekas Pengetua






















Gambar Pengetua dan YDP PIBG

Senarai YDP PIBG SMK Ungku Aziz

Senarai Pengetua SMK Ungku Aziz

Kemudahan Sekolah







Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah  Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan di Sabak Bernam pada tahun 1959. Pada masa itu wujud 2 buah Darjah Menengah Melayu di Sabak Bernam. Kemudian Darjah-Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan ditempatkan di Pekan Sabak. Hasil gabungan ini maka wujudlah Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dengan menumpang dibangunan lama Sekolah Melayu  Sabak Bernam. Tapak lama bangunan sekolah ini telah dijadikan Masjid Jamek Sabak Bernam.
Ada beberapa sebab sekolah ini ditubuhkan. Antaranya ialah bagi memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu selepas sahaja     negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, tujuan sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk luar bandar yang tidak berpeluang atau mampu untuk mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris yang terdapat di Sabak Bernam pada masa itu. 


Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai 1970, sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah    Menengah Ungku Aziz, sempena nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah  menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof  Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 2009, SMK Ungku Aziz menyambut Sambutan Jubli emas.



Misi dan Visi Sekolah

MISI

Dalam Usaha Untuk Menjadi Cemerlang Kami Warga SMK Ungku Aziz Bertekad Dengan Penuh Iltizam Akan Memberi Komitmen Yang Padu Dalam Program Yang Terancang Dan Sistematik Untuk:
  • Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa seluruh pelajar
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif

VISI

SMK UNGKU AZIZ
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
TAHUN 2010

Peta Sekolah

Lagu sekolah : Berilmu Untuk Berjasa